Tokoh Penglipur Lara Negara berasal dari Gopeng dan pernah berkelana di Temoh, Perak. Kata R.O Winsted; tokoh ini memiliki daya ingatan yang luar biasa dan tiada tolok bandingnya di Dunia Melayu. Dia boleh bercerita berjam-jam lamanya tanpa rujukan dan bahan bantu.
Sunday, 9 November 2014
PENERBITAN ANTOLOGI SAJAK DAN CERPEN BERTEMAKAN PAWANG ANA
Anda, penyair / penulis dipelawa mencipta sajak dan cerpen bertemakan ketokohan Pawang Ana untuk dibukukan. Karya adalah bebas tetapi wajib membicarakan ketokohan Pawang Ana dan karya beliau. Terdapat buku penglipurlara yang dituturkan oleh Pawang Ana seperti Awang Sulung Merah Muda, Anggun Cik Tunggal, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Raja Muda boleh dijadikan sandaran penciptaan karya di samping ketokohannya.
Karya hendaklah dihantar via inbok fbzabidin hj ismail / emel penulisperak@gmail.com atau pawangana@gmail.com berserta biodata , emel, no. telefon dan alamat lengkap SEBELUM 31 Disember 2014. Sehingga kini kami telahpun mengumpul sajak dan cerpen bertemakan Pawang Ana seperti berikut:
Sajak
1. Chai Loon Guan - Pawang Ana
2. Chai Loon Guan - Timoh
3. Moh. Ghufron Cholid - Kau dalam puisi: Pawang Ana
4. Rosmiaty Shaari - Ceritera Anggun Cik Tunggal
5. Rosmiaty Shaari - Pawang Ana
6. Faris Arshad - Bingkisan dari Temoh
7. M Ashikin - Pekan Terpencil Ini
8. M Ashikin - Relakah kau selamanya dipinggirkan
9. M Ashikin - Temoh: sebuah memori sepi
10. Sabariah Bahari - Dirgahayu Timoh
11. Talib Samat - Pawang Ana dan Mir Hassan di Temoh Perak
12. Talib Samat - R.O Winstedt di bumi Timoh
Cerpen
1. Chai Loon Guan - Pawang Ana, Munsyi dan Mimpi YB
2. Rayner Sylvester Yeo - Kisah Naga Melawan Awang Sulung Merah Muda
3. Hanifah Hj Ibrahim - Hikayat Raja Muda
Selamat berkarya - selagi menulis terus menulis
Subscribe to:
Posts (Atom)