Tokoh Penglipur Lara Negara berasal dari Gopeng dan pernah berkelana di Temoh, Perak. Kata R.O Winsted; tokoh ini memiliki daya ingatan yang luar biasa dan tiada tolok bandingnya di Dunia Melayu. Dia boleh bercerita berjam-jam lamanya tanpa rujukan dan bahan bantu.
Tuesday, 3 November 2015
Mengenali ‘Pawang Ana’
Perak Hari Ini
Posted on Saturday, October 3, 2015 4:34 pm
wacana1
IPOH: Usaha untuk mengembalikan semula sejarah penulisan Melayu yang kian lapuk ditelan zaman cuba diterjemahkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menerusi penganjuran program Wacana Pawang Ana pagi tadi.
Program yang mendapat kerjasama Persatuan Karyawan Perak dan Koloni Karyawan Amanjaya itu berlangsung di Bangunan P.O.R.T dihadiri lebih 60 orang peserta.
Panel-panel yang dijemput pada program berkenaan adalah SN Datuk Rahman Shaari, Tuan Haji Zabidin Ismail dan Mohd Zamberi Malek telah membentangkan tajuk-tajuk berbeza mengenai Pawang Ana.
Antara tajuk yang dibentangkan adalah seperti “Oksidentalisme: Wacana Balas Terhadap Superioriti Barat Dalam Dua Karya Pawang Ana”, “R.O. Winstedt dan Pawang Ana”, dan “Biografi dan Sumbangan Pawang Ana dalam Kesusasteraan Melayu”.
Dalam program ini, sejarah mengenai asal usul dan cerita-cerita yang pernah disampaikan oleh Pawang Ana diterangkan semula secara terperinci oleh setiap panel berdasarkan hasil kajian masing-masing.
Pawang Ana merupakan seorang penglipur lara ataupun pencerita Melayu pada abad ke-19 yang turut dikenali dengan kebolehannya sebagai seorang dukun dan pendekar.
Cerita-cerita yang pernah disampaikan oleh Pawang Ana ini dikumpul oleh seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu, R.O. Windstedt yang begitu berminat dengan etnik Melayu pada masa itu.
Semua cerita yang pernah disampaikan oleh Pawang Ana kemudian diterbitkan dalam Malay Literature Series (Siri Sastera Melayu) dan dijadikan bahan bacaan di sekolah-sekolah.
Selain itu, cerita-cerita ini juga turut dikaji oleh sarjana-sarjana daripada luar negara mahupun tempatan.
Labels:
Wacana Pawang Ana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment