bhnews@bharian.com.my
2010/11/02
2010/11/02
"Lakaran wajah Pawang Ana sebelum ini tidak pernah didedahkan kepada umum dan kita bernasib baik lakaran itu ditemui mantan Karyawan Tamu, Universiti Malaya (UM), Mohd Zamberi Abdul Malek ketika membuat penyelidikan mengenai R O Winstedt (bekas Pegawai Inggeris di Tanah Melayu) di London.
"Hasil penyelidikan itu menemukan lakaran wajah, biografi dan karya Pawang Ana yang ditulis RO Winstedt dan diterbitkan Malayan Memories, pada 1916 di London," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup seminar Pemikiran Pawang Ana di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Sejarah ketokohan Pawang Ana tenggelam sekitar 1914 dibangkitkan kembali bagi memastikan sejarah itu terus dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang dan majlis penutup seminar berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Zabidin berkata, pameran khusus Pawang Ana dan karyanya diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat mengenali ketokohan Pawang Ana sehingga kelima-lima bukunya dibukukan bekas Pegawai Inggeris di Tanah Melayu, RO Winstedt.
"Karya Pawang Ana bukan saja mempunyai nilai sejarah tinggi di negara ini, tetapi mendapat pengiktirafan masyarakat dunia, selain kelima-lima cerita berkenaan sudah dikategorikan sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan," katanya.
Khidmat Pawang Ana turut dikenali sebagai dukun dan pendekar, pernah digunakan bagi menemukan mayat Presiden British, J WW Birch yang hanyut di Sungai Perak selepas akibat dibunuh pahlawan Melayu Pasir Salak, selepas Inggeris gagal menemui Birch sejak tiga hari kematiannya.
Khidmat Pawang Ana turut dikenali sebagai dukun dan pendekar, pernah digunakan bagi menemukan mayat Presiden British, J WW Birch yang hanyut di Sungai Perak selepas akibat dibunuh pahlawan Melayu Pasir Salak, selepas Inggeris gagal menemui Birch sejak tiga hari kematiannya.
Seminar dan pameran itu dianjurkan Karyawan Pk dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, Yayasan Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perbadanan Perpustakaan Awam Perak dan Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO), membabitkan pembentangan 20 kertas kerja oleh sarjana dari Universiti Sains Malaysia (USM), UPSI dan Nanyang Universiti, Singapura.
Maklumat mengenai pameran ini sila klik:
No comments:
Post a Comment